Friday, 30 June 2017

Apa perlu buat sebelum pakai braces ?

Assalamualaikum,

Nervous jugak nak tulis entry kali nie. sebab ramai sangat tanya pasal braces nie , so saya decide untuk tulis blog pasal braces journey saya nie.

insyaallah input input yang saya kongsi akan membawa manfaat untuk anda semua :)

Bismillah.

Braces nie memang benda yang paling saya idam idam kan dari dulu. since gigi memang makin lama makin jarang. makin meningkat umur makin jauh pula jarak dye merenggang. So tahun 2017 adalah tahun penentu. sejak dari awal tahun memang selalu je baca blog blog cerita pasal braces. Makin baca makin takot tapi at the same time rasa curious dan nakkkkk sangattt pakai braces tu melebihi rasa ketakotan.

survey punya survey , call tanya harga semua. Bangsar Dental Specialist Centre menjadi pihan hati. Sebab baca review pun 5 star kan. Saya kongsikan details klinik gigi tu ya :

Bangsar Dental Specialist Centre
No. 43 - 1, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
03 - 22826800


 ANTARA TIPS NYA :

1) PILIH KLINIK YANG BERDEKATAN DENGAN RUMAH / TEMPAT KERJA
Penting sangat untuk kita pilih klinik yang berdekatan dengan rumah atau tempat kerja sebab kita perlu jumpa doktor gigi sebulan sekali. so kalau kita pilih klinik yang jauh, kene kira kos lain pulak . kos minyak tol semua tu. parah juga tu. hehe :)

Ramai yang tanya pasal HARGA,
2) SURVEY HARGA
Sebenarnya buat braces agak high cost juga. Macam saya , sebelum pegi buat checkup , memang saya bersihkan gigi , tampal gigi dulu dekat klinik kerajaan , so cut cost dah disitu. kalau anda nak buat semua procedure di klinik swasta yang sama pun boleh juga. ikot keselesaan masing - masing :)

TOTAL KOS BRACES 

KESELURUHAN
RM 5500
DEPOSIT : RM2500
BULANAN : RM250

KENAPA SAYA PUNYA KOS AGAK MAHAL ?
Sebab doktor bgtahu yg saya hanya perlu pakai untuk setahun sahaja. sebab gigi saya just jarang - jarang je. tak teruk sangat pun. hehe :P
So kalau lg lama anda pakai lagi rendah harga installment dan deposit tu. 
Berapa lama seseorang tu kene pakai braces semua doktor yg tetapkan , bukan suka - suka kita je tau. hehe :P

3) KENALPASTI GIGI ANDA
Kenalpasti gigi anda .tanya diri sendiri kenapa nak pakai braces , ada tak gigi yg dh rosak atau dh berlubang. semua tu kena ambil kira ye.sebab nanti taknak lah bukak mulut depan dokte gigi , segala macam kerosakan dokte akan mention dan pastinya akan menambahkan lagi kos braces anda.kalau boleh pegi cuci gigi sebelum buat braces di klinik kerajaan ye. saving sikit ;)
Gigi saya lepas buat scaling and polishing di klinik kerajaan :P




Ok itu sahaja untuk setakat nie next entry saya cerita pasal day 1st wearing braces ye :)


1 comment:

  1. Hi sis! Just read your article on the braces journey.
    Nak tanya sikit pasal the cost for the braces yg sis mentioned above tu. Is that the cost for the traditional metal braces or Damon braces?

    ReplyDelete

PENCUCI DAN PELEMBUT PAKAIAN SHAKLEE MEMANG BERBALOI

PENCUCI DAN PELEMBUT BAJU SHAKLEE MEMANG BERBALOI. 1) FRESH LAUNDRY CONCENTRATE SHAKLEE Antaranya perkara-perkara yang bu...